CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
KENALI DIRINYA...SELAMI JIWANYA...BICARA TENTANGNYA...JOM LAYAN BLOG SI SePi

29 April 2012

Sahabat


Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

  • Jika kamu berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
  • Jika kamu rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
  • Jika kamu memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
  • Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
  • Jika kamu meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
  • Jika kamu berdiam diri kerana malu hendak meminta, dia akan menanyakan kesusahan kamu.
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
  • Jika kamu berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
  • Jika kamu merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.


Hati-hatilah sahaja sahabat seperti dibawah:

  • Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia  berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  • Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan. 


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...